Posts

Showing posts from 2010

Pemimpin

Rasulullah SAW berkata," Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap daripada kamu akan dipersoalkan apa yang dipimpinnya. Seorang amir adalah pemimpin (kepada rakyatnya), seorang lelaki adalah pemimpin ke atas ahli keluarganya dan seorang wanita adalah pemimpin ke atas rumah suaminya dan anak-anaknya. Maka setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap daripada kamu akan dipersoal apa yang dipimpinnya. ( Al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 5200) Pemimpin. Menjadi bintang bekerdipan di keheningan langit malam, Menjadi gunung menggamit di hujung pandang, Menjadi laut terbentang di keluasan alam, Menjadi pepohon rendang meneduh kehidupan, Pemimpin. Bukan menagih sanjung pujian, Bukan rakus penentu habuan, Bukan berang menyatukan perbezaan, Bukan amarah penyambut teguran, Bukan dendam dalam tindakan, Bukan benci dan dengki neraca keadilan, Bukan jua diri jadi keutamaan, Allah, Allah menjadi sandaran, Rasul, Rasul menjadi ikutan, Al-Quran, Kitabullah menjad

Monolog di Ofis..

Mendung pagi ini… memberi petanda kemungkinan hujan akan turun..Begini la keadaan cuaca di Malaysia saban hari, panas terik di tengah hari namun hujan lebat pada sebelah malamnya. Pada 3 Disember yang lalu telah meninggalkan titik hitam di hatiku.. mungkin itu bukan takdir bagi rakan-rakanku dalam melakar kehidupan mereka namun kesannya jua tempias kepada diri ini.. 24 Disember yang bakal tiba.. akan menjadi tarikh keramat untuk ku kembali melakar pelangi kehidupan. Sedikit sebanyak, hati ini mula ragu-ragu kerana besar kemungkinannya ku akan menerima perkhabaran yang serupa :( Namun segalanya akan ku terima dengan redha dan tabah kerana aku mengetahui bahawa DIA lebih mengetahui mana yang terbaik buat dirik :) Warna-warna pelangi mulai terlakar cantik dilubuk hati ini… Berbicara dengan tentang hati…. Wahh… hati? Warna-warna pelangi mulai terlakar cantik dilubuk hati ini… :) Telah kujejaki sebuah pencarian kepastian.. Alhamdulilah.. hati ini telah pasti jawapannya

Sekadar ingat mengingati.. ..

Sekadar ingat mengingati.. ... SEBELUM Tidur Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi ) Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu : 1. Sebelum khatam Al Qur'an, 2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir, 3. Sebelum para muslim meridloi kamu, 4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh.... "Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?" Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. Bismillaahirrohmaan irrohiim, Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x ) Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa M

Mari Bertanya Soalan ....

Unt uk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’ mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan. Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil. Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia. 10 soalan itu adalah: 1. Apakah wawasan hidupnya? Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda. Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan. 2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan? Kefahaman serta tasawur yang jelas mengenai perkahwinan amat

Mari Belajar Mengukur Baju

Image
"Ukur baju di badan sendiri" ltulah ungkapan terbaik yang boleh disimpulkan kadangkala bila kita melihat jauh ke atas...kita mula memandang diri sendiri bergitu teruk, bermasalah dan sebagainya . maka secara tidak langsung keyakinan diri mula menipis ibarat " nipisnya lapisan ozon" kita memandang kejayaan , kebahagian, wang ringgit dan kecantikan yang dimiliki oleh orang lain kita menilai..kita menbandingkan kehidupan kita,.... kejayaan .... dan kecantikan kita .. namun pernahkan kita berfikir? bahawa setiap orang berbeza .. punya keunikan dan kelebihan yang berbeza.. berjayakah seseorang tak mampu dinilai dengan mata kasar.. biarlah ape yang orang fikirkan... pada diri.... kejayaan .. dan kehidupan kita... kerana ape yang penting sebenarnya.... ape yang kita fikir tentang diri kita... kita harus yakin dan pasrah dengan segala yang berlaku.. biarlah orang memandang rendah tapi pandanglah tinggi pada diri sendiri... mari kita mengukur baju di badan sendiri.. saya

Kau Intan Kau Permata

Hello sayang... kenapa sayang tak nak angkat tepon bila abg call handset sayang tadi... janganlah sayang merajuk lelama sangat, betui... abg tersangatlah rindu kat sayang..... walaupun muka abg ni agak macho dan comel.... janganlah sayang jeles kat abg kalau-kalau ada awek lain yang asyik pandang-pandang dan senyum-senyum kat abg masa kita gi dating.... biasa la tuh... Apa...tak muat...??? kan sayang dah test cincin tu masa kat kedai emas apek tu tadi... apsal la tak muat pulaks.... janganlah sayang risau.... duit cincin yang sayang bayarkan tadi..esok-esok abg bayarla balik kat sayang..... sayang pun sedia maklum....abg bukannya takde duit.. tapi duit tu abg dah belikan graphic card baru kat pc abg.... RAM pun abg dah beli yg baru... tambah lagi sekeping...kasi power sikit.... tu belum masuk nak tukar hardd! isk baru lagi tuh.... Abg tau sayang marah sebab abg yang selamba katak jer... melompat longkang depan kedai apek tu tadi... tanpa menunggu sayang melintas titi..

Tiada lagi Kasih

Kesenangan yang datang Tak akan selamanya Begitulah selepas susah ada kesenangan Seperti selepas malam datangnya siang Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan Gunakan kesempatan untuk kebaikan Sebelum segalanya terlepas dari genggaman Kelak menyesal nanti tak berkesudahan Apa guna sesalan hanya menekan jiwa Jangan difikir derita akan berpanjangan Kelak akan membawa putus asa pada tuhan Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali Ujian adalah tarbiyah dari Allah Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya Kesenangan yang datang selepas kesusahan Semuanya adalah nikmat dari tuhan

Derita Cinta

Cinta seringkali dikaitkan dengan perasaan kasih dan sayang yang mendalam ia juga tidak pernah lari dari ungkapan " I LOVE U" "SAYA SAYANG AWAK" "SAYA RINDU AWAK" "I43" namun cinta juga mengundang pelbagai derita putusnya hubungan kekeluargaan kahwen lari pembuangan bayi dan sebagainya Derita cinta .. bukan hanya melibatkan pasangan itu sahaja namun ianya juga melibatkan keluarga, rakan taulan dan orang sekelilingnya Derita cinta.. bahanamu menganggu tidurku saban malam penanganmu menghantui tiap saat kehidupan bahangmu penyebab tangisan dan kemarahan Derita Cinta.. kerana mereka yang bercinta.. aku jua yang merana.. saban malam tidurku enggak lena dek rengusan, tangisan dan api kemarahan sang pencinta Derita Cinta.. ku belajar dari persekitaran sang pencinta dan deritanya moga derita cinta tidak akan menghantuiku cinta... pengundang derita

RAMADAN KEMBALI LAGI...

Image
Alhamdulilah syukur kepada ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya .. ku masih lagi bersua dengan Ramadan. Ketibaan ramadan kali ini memberi seribu erti buatku dimana ini merupakan kali pertama aku merasai nikmat ramadan di VISTA ANGKASA dan SUNWAYMAS. Kini aku dengan rasminyer telah bergelar graduan atau dengan kata lainnyer Alumni UKM.. Dunia pekerja sememangnya mencabar.. saban hari rutinku kian padat.. seawal 7.30am dan berakhir pada 7.30pm ..itulah resam duniaku kini.. turun naik tangga dari tingkat 7 dan berjalan kaki sejauh 1 Km setiap hari untuk ke tempat kerja mengajarku erti sebuah pengorbanan dan kesusahan.. Hari hari pertama puasa... sahur tadi cuma sempat masak nasi putih dan goreng telur jer..berbuka pula sekadar nasi ayam ..alhamdulilah syukur ..itulah rezekiku untuk hari ini... Alhamdulilah.. aku sempat jua mengerjakan solat tarawih di surau berhampiran..moga aku masih diberi kesempatan untuk terus beridah..insyaAllah..
Image

Doa dan Adab Tatkala Mengalami Kesedihan yang Mendalam

Kesedihan biasanya timbul karena beberapa faktor : 1. Kurangnya iman dan tawakkal kepada Allah 2. Usaha yang tidak atau belum berhasil 3. Kehilangan sesuatu yang amat dicintainya 4. Cita-cita yang tidak kesampaian 5. Banyaknya hutang yang sulit dibayar 6. Banyaknya tanggungan keluarga yang amat membebani dirinya 7. Terbelenggu orang lain 8. Ketinggalan dalam beramal saleh 9. Kesempatan yang telah disia-siakan 10. Merasa jauh dari Allah, dll. Jika kita merasa susah dan sedih, Nabi menganjurkan membaca doa: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ Laa ilaha ilallaahul ’azhiimul haliimu laa ilaaha ilallahu rabuul ’arsyil ’azhiim, laa ilaaha ilallaahu rabbussamaa waati wa rabbul ardhi wa rabbal arsyil kariim “Tiada tuhan melinkan Allah Yang Maha Besar lagi Maha penyantun. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur ‘Arsy Besar. Tiada tuhan melai

TERIMA KASIH

Image
perasaan sebak tiba-tiba menerjah kesanubariku.. sungguh terharuku ... sungguhku tak menduga.. ku menghormatimu.. jujurku katakan pernah wujud perasaan itu. terima kasih memahamiku.. maaf... maaf... maaf.. mungkin ungkapan ini sukar diterima.. namum hanya ini yang mampuku ungkapkan.. kita tidak ditakdirkan untuk bersama... ku terlalu menghormatimu.. TERIMA KASIH.. segalanya kau terima seadanya.. TERIMA KASIH.. BILA TIBA SAAT ITU .. KAU AKAN MILIKI YANG LEBIH SEMPURNA ..

COBAAN...

Bila aku sudah hampir mengakhiri kehidupan sebagai mahasiswa.. Dugaan itu kembali lagi… Adui.. tahun satu dengan kerenah alahan makanannyer,, Sem2 pulak ditahan di wad sementara bila hyperstress.. Tahun 2 pulak kaki retak… Dikejarkan ke Hospital Kajang.. Kenangan terindah tue.. bestdayku di bilik X-ray.. Berjurai-jurai airmata menahan kesakitan.. Mujurlah Cuma ahli keluargaku yang menemani.. Baru 3 hari lepas kemalangan.. Kalu diikutkan hati dan perasaan mau ja aku rebah .. Menangis dan sebagainya disitu.. Tapi aku keseorangan.. tanpa ahli keluarga tanpa sesiapa.. Kugagahkan jua ..ku kuatkan diri menempuh segalanya.. Dalam kesakitan itu, ku gagahkan diri dengan kudrat yang ada .. Memandu moto kesayanganku pulang ke UKM .. Perjalanan kurasakan makin panjang dari Putrajaya ke UKM.. Kekuatan jiwa membawaku pulang ke tempat yang penuh kenangan .. Walaupun ku kuatkan diri ini.. Ku cuba lari dari realti namun akhirnya aku mengakuinya jua… Ya aku adalah seorang wanita yang tidak mampu menempu

GAMBAR HIMPUNAN ANAK- ANAK PERAK

Image
Perbentangan kumpulan Terjumpa kenalan lama Perbentengan Kumpulan Barisan YB Perak Berdebar-debar menunggu giliran Berusaha untuk yakin dan wat yang terbaik.. de bakat jd YB x? Caiyok....caiyok!!!! Klasik dan cun Mana-mana pun boleh bergambar Kenangan... Perbincangan Ketua-ketua Kumpulan wat yang terbaik.. senyum sokmo Bakal peminpin masa hadapan .. :)

HIMPUNAN MAHASISWA ANAK- ANAK PERAK 2010

Pada 19- 21 Mac yang lalu, saya telah menghadiri Program Himpunan Mahasiswa/mahasiswi anak Perak 2010.Seramai 9 orang wakil Permadari,UKM telah dihantar utk menyertai program tersebut yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di Bukit Jana Golf Resort,Taiping,Perak. Program ini benar-benar memberi ruang kepada kami untuk sama-sama turut serta dalam agenda pembangunan negeri. Pelbagai aktivi telah dijalankan seperti 7 wasiat raja melayu, perak amanjaya, taklimat ringkas mengenai k-ekonomi dan sebagainya. Selain itu, himpunan ini telah menghimpunan 500 lebih mahasiswa dan mahasiswi merangkumi 40 ITPA dan IPTS di seluruh negara. Serius ... sangat teruja dan seronok di beri peluang berjumpa barisan Kepimpinan negeri Perak dan aktiviti soal jawab berkenan hak dan kemajuan negeri. Politik tue ade la jugak .. siap dah daftar mengundi lagi dan diberi taklimat 1Malaysia daripada pengarah BTN Perak. Namun pengorbananku meninggalkan dinner pusat berbaloi apabila ak terpilih menjadi Speker ke -4 dan