Posts

Showing posts from October, 2010

Mari Bertanya Soalan ....

Unt uk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’ mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan. Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil. Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia. 10 soalan itu adalah: 1. Apakah wawasan hidupnya? Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda. Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan. 2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan? Kefahaman serta tasawur yang jelas mengenai perkahwinan amat

Mari Belajar Mengukur Baju

Image
"Ukur baju di badan sendiri" ltulah ungkapan terbaik yang boleh disimpulkan kadangkala bila kita melihat jauh ke atas...kita mula memandang diri sendiri bergitu teruk, bermasalah dan sebagainya . maka secara tidak langsung keyakinan diri mula menipis ibarat " nipisnya lapisan ozon" kita memandang kejayaan , kebahagian, wang ringgit dan kecantikan yang dimiliki oleh orang lain kita menilai..kita menbandingkan kehidupan kita,.... kejayaan .... dan kecantikan kita .. namun pernahkan kita berfikir? bahawa setiap orang berbeza .. punya keunikan dan kelebihan yang berbeza.. berjayakah seseorang tak mampu dinilai dengan mata kasar.. biarlah ape yang orang fikirkan... pada diri.... kejayaan .. dan kehidupan kita... kerana ape yang penting sebenarnya.... ape yang kita fikir tentang diri kita... kita harus yakin dan pasrah dengan segala yang berlaku.. biarlah orang memandang rendah tapi pandanglah tinggi pada diri sendiri... mari kita mengukur baju di badan sendiri.. saya

Kau Intan Kau Permata

Hello sayang... kenapa sayang tak nak angkat tepon bila abg call handset sayang tadi... janganlah sayang merajuk lelama sangat, betui... abg tersangatlah rindu kat sayang..... walaupun muka abg ni agak macho dan comel.... janganlah sayang jeles kat abg kalau-kalau ada awek lain yang asyik pandang-pandang dan senyum-senyum kat abg masa kita gi dating.... biasa la tuh... Apa...tak muat...??? kan sayang dah test cincin tu masa kat kedai emas apek tu tadi... apsal la tak muat pulaks.... janganlah sayang risau.... duit cincin yang sayang bayarkan tadi..esok-esok abg bayarla balik kat sayang..... sayang pun sedia maklum....abg bukannya takde duit.. tapi duit tu abg dah belikan graphic card baru kat pc abg.... RAM pun abg dah beli yg baru... tambah lagi sekeping...kasi power sikit.... tu belum masuk nak tukar hardd! isk baru lagi tuh.... Abg tau sayang marah sebab abg yang selamba katak jer... melompat longkang depan kedai apek tu tadi... tanpa menunggu sayang melintas titi..

Tiada lagi Kasih

Kesenangan yang datang Tak akan selamanya Begitulah selepas susah ada kesenangan Seperti selepas malam datangnya siang Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan Gunakan kesempatan untuk kebaikan Sebelum segalanya terlepas dari genggaman Kelak menyesal nanti tak berkesudahan Apa guna sesalan hanya menekan jiwa Jangan difikir derita akan berpanjangan Kelak akan membawa putus asa pada tuhan Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali Ujian adalah tarbiyah dari Allah Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya Kesenangan yang datang selepas kesusahan Semuanya adalah nikmat dari tuhan

Derita Cinta

Cinta seringkali dikaitkan dengan perasaan kasih dan sayang yang mendalam ia juga tidak pernah lari dari ungkapan " I LOVE U" "SAYA SAYANG AWAK" "SAYA RINDU AWAK" "I43" namun cinta juga mengundang pelbagai derita putusnya hubungan kekeluargaan kahwen lari pembuangan bayi dan sebagainya Derita cinta .. bukan hanya melibatkan pasangan itu sahaja namun ianya juga melibatkan keluarga, rakan taulan dan orang sekelilingnya Derita cinta.. bahanamu menganggu tidurku saban malam penanganmu menghantui tiap saat kehidupan bahangmu penyebab tangisan dan kemarahan Derita Cinta.. kerana mereka yang bercinta.. aku jua yang merana.. saban malam tidurku enggak lena dek rengusan, tangisan dan api kemarahan sang pencinta Derita Cinta.. ku belajar dari persekitaran sang pencinta dan deritanya moga derita cinta tidak akan menghantuiku cinta... pengundang derita