Posts

Pemimpin

Rasulullah SAW berkata," Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap daripada kamu akan dipersoalkan apa yang dipimpinnya. Seorang amir adalah pemimpin (kepada rakyatnya), seorang lelaki adalah pemimpin ke atas ahli keluarganya dan seorang wanita adalah pemimpin ke atas rumah suaminya dan anak-anaknya. Maka setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap daripada kamu akan dipersoal apa yang dipimpinnya. ( Al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 5200) Pemimpin. Menjadi bintang bekerdipan di keheningan langit malam, Menjadi gunung menggamit di hujung pandang, Menjadi laut terbentang di keluasan alam, Menjadi pepohon rendang meneduh kehidupan, Pemimpin. Bukan menagih sanjung pujian, Bukan rakus penentu habuan, Bukan berang menyatukan perbezaan, Bukan amarah penyambut teguran, Bukan dendam dalam tindakan, Bukan benci dan dengki neraca keadilan, Bukan jua diri jadi keutamaan, Allah, Allah menjadi sandaran, Rasul, Rasul menjadi ikutan, Al-Quran, Kitabullah menjad

Monolog di Ofis..

Mendung pagi ini… memberi petanda kemungkinan hujan akan turun..Begini la keadaan cuaca di Malaysia saban hari, panas terik di tengah hari namun hujan lebat pada sebelah malamnya. Pada 3 Disember yang lalu telah meninggalkan titik hitam di hatiku.. mungkin itu bukan takdir bagi rakan-rakanku dalam melakar kehidupan mereka namun kesannya jua tempias kepada diri ini.. 24 Disember yang bakal tiba.. akan menjadi tarikh keramat untuk ku kembali melakar pelangi kehidupan. Sedikit sebanyak, hati ini mula ragu-ragu kerana besar kemungkinannya ku akan menerima perkhabaran yang serupa :( Namun segalanya akan ku terima dengan redha dan tabah kerana aku mengetahui bahawa DIA lebih mengetahui mana yang terbaik buat dirik :) Warna-warna pelangi mulai terlakar cantik dilubuk hati ini… Berbicara dengan tentang hati…. Wahh… hati? Warna-warna pelangi mulai terlakar cantik dilubuk hati ini… :) Telah kujejaki sebuah pencarian kepastian.. Alhamdulilah.. hati ini telah pasti jawapannya

Sekadar ingat mengingati.. ..

Sekadar ingat mengingati.. ... SEBELUM Tidur Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi ) Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu : 1. Sebelum khatam Al Qur'an, 2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir, 3. Sebelum para muslim meridloi kamu, 4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh.... "Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?" Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. Bismillaahirrohmaan irrohiim, Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x ) Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa M

Mari Bertanya Soalan ....

Unt uk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’ mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan. Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil. Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia. 10 soalan itu adalah: 1. Apakah wawasan hidupnya? Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda. Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan. 2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan? Kefahaman serta tasawur yang jelas mengenai perkahwinan amat

Mari Belajar Mengukur Baju

Image
"Ukur baju di badan sendiri" ltulah ungkapan terbaik yang boleh disimpulkan kadangkala bila kita melihat jauh ke atas...kita mula memandang diri sendiri bergitu teruk, bermasalah dan sebagainya . maka secara tidak langsung keyakinan diri mula menipis ibarat " nipisnya lapisan ozon" kita memandang kejayaan , kebahagian, wang ringgit dan kecantikan yang dimiliki oleh orang lain kita menilai..kita menbandingkan kehidupan kita,.... kejayaan .... dan kecantikan kita .. namun pernahkan kita berfikir? bahawa setiap orang berbeza .. punya keunikan dan kelebihan yang berbeza.. berjayakah seseorang tak mampu dinilai dengan mata kasar.. biarlah ape yang orang fikirkan... pada diri.... kejayaan .. dan kehidupan kita... kerana ape yang penting sebenarnya.... ape yang kita fikir tentang diri kita... kita harus yakin dan pasrah dengan segala yang berlaku.. biarlah orang memandang rendah tapi pandanglah tinggi pada diri sendiri... mari kita mengukur baju di badan sendiri.. saya

Kau Intan Kau Permata

Hello sayang... kenapa sayang tak nak angkat tepon bila abg call handset sayang tadi... janganlah sayang merajuk lelama sangat, betui... abg tersangatlah rindu kat sayang..... walaupun muka abg ni agak macho dan comel.... janganlah sayang jeles kat abg kalau-kalau ada awek lain yang asyik pandang-pandang dan senyum-senyum kat abg masa kita gi dating.... biasa la tuh... Apa...tak muat...??? kan sayang dah test cincin tu masa kat kedai emas apek tu tadi... apsal la tak muat pulaks.... janganlah sayang risau.... duit cincin yang sayang bayarkan tadi..esok-esok abg bayarla balik kat sayang..... sayang pun sedia maklum....abg bukannya takde duit.. tapi duit tu abg dah belikan graphic card baru kat pc abg.... RAM pun abg dah beli yg baru... tambah lagi sekeping...kasi power sikit.... tu belum masuk nak tukar hardd! isk baru lagi tuh.... Abg tau sayang marah sebab abg yang selamba katak jer... melompat longkang depan kedai apek tu tadi... tanpa menunggu sayang melintas titi..

Tiada lagi Kasih

Kesenangan yang datang Tak akan selamanya Begitulah selepas susah ada kesenangan Seperti selepas malam datangnya siang Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan Gunakan kesempatan untuk kebaikan Sebelum segalanya terlepas dari genggaman Kelak menyesal nanti tak berkesudahan Apa guna sesalan hanya menekan jiwa Jangan difikir derita akan berpanjangan Kelak akan membawa putus asa pada tuhan Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali Ujian adalah tarbiyah dari Allah Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya Kesenangan yang datang selepas kesusahan Semuanya adalah nikmat dari tuhan