Posts

Showing posts from October, 2009

Motivasi diri

Image
Jika dirimu dilanda kesusahan, berikanlah harapan yang menjanjikan kepadanya maka dengan janji itu dirimu akan menjadi senang perisailah dirimu dengan harapan, agar tidak putus asa hingga kecemasanmu lenyap dimakan waktu tutupi kesedihan dari teman-temanmu, kerana di antara teman-temanmu ada yang dengki & senang dengan penderitaanmu buanglah fikiran yang buruk terhadap sesuatu perkara, kerana hal ini membuat yang bersangkutan MATI sebelum waktunya.. kecemasan itu tidak selamanya, mengongkong seseorang sebagaimana kegembiraan dan ia tidak selamanya menghiasinya. andaikata jiwa ini tidak pernah menyalahi akal.. nescaya terasa tidak sempurna kehidupan ini bagi insan-insan yang berwaspada

drama lagi

entah mengapa .. bila tengah exam macam ne la macam perkara timbul.. tak tau la nape.. patutnya aku happy sebab dah tak terikat dengan janji.. patutnya aku jerit "AKU BEBAS..!!!" patutnya aku bersyukur penantian aku ade jalan kesudahannya.. tapi napa aku bersedih.. selama ini aku risau sebab aku berjanji dengan seseorang tentang hidup dan mati.. bila hari ne sesuatu terjadi dan kata putus mungkin tercapai.. aku mengigil kaku.. kenape aku perlu seksa diri aku dan dia.. hati aku dah mula goyang .. (huhu bkn sbb aku tima duit tanda erk..) hampir 2 tahun setengah janji dipegang nape sekarang.. bila hampir mengapai "deadline" patut diraikan dengan makan besar .. kerisauan ku kini berakhir.. aku dah tak perlu berfikir dan menyakiti orang lain.. satu perjanjian dah berakhir.. alhamdulilah.. syukur.. buat kali keduanya AKU BEBAS!!! (ikin n abg : dah setel!!!)

Pengajaran

walaupun lagi berape jam aku nak exam.. study pun xabis lagi.. aku nak post jugak kat blog.. semoga aku tak akan mengulanginya lagi.. hari ne , macam biasa la aku cal umah aku.. malas nak no abah.. lambat diangkat so aku cal la no Kak aku yang tengah berpantang... erm rupanya kak aku baru je sampai Tol Air Keroh... katanya abag dah nak masuk kerja so dah kena balik.. huhu xsempat tunggu aku balik.. huhu .. masa sembang-sembang, kak aku nangis cakap mak sedih masa kak nak balik .. pagi tadi mak bangun kul 4 pagi... huhu macam mak wat kerja tak henti2... masa kak nak bertolak mak lari masuk toilet nangis ...huhu disebabkan kami ne selalu mengusik mak kami yang terlalu sensitif ne... kak aku cadangkan supaya aku cal mak aku .. tanya mak wat DRAMA ker ari ni.. ape lagi aku pun .. gan bestnya nak menyakat mak aku ne.. cal jer sembang cikit..."mak ... wat drama ker ari ne? huhu tak tau la macam ne ape yang aku dengar hanya bunyi tangisan lama.. lama sangat sampai aku turut menangis da

KECEWANYA

Assalamualaikum... meniti hari menjelang exam ne buat aku rasa lemas je.. nak ilangkan tension dan bosan, ape lagi blog.. fc, tag n dll la caranya...malam tadi tag jadi mangsa kebosanan aku .. kacau-kacau kekawan lama.. ingat nak wat kejutan tapi akhirnya aku yang menerima kejutan .. huhu sabar jer la.. pepagi ne .. macam biasa baca Utusan Online.. tengok blog sekolah lama.. kacau kekawan kejap.. huhu aku cuba mengawal diri supaya tak terlalu baca blog politik dan isu semasa untuk seketika namun ... akhirya aku tewas.. panasnya hati BETOL, dengan sikap orang kita ne de ape sahaja yang berlaku mudah sangat membuat kesimpulan dan melatah.. eee try la baca : MAYAT PERTAMA 1MALAYSIA PERANGKAP MAUT 1MALAYSIA PESERTA PERKHEMAHAN 1MALAYSIA LEMAS - malayssiakini Seorang pelajar perempuan mati lemas manakala dua lagi masih hilang sehingga pagi ini apabila jambatan gantung yang mereka lalui secara beramai-ramai untuk menyeberangi Sungai Kampar putus. Kejadian itu mengakibatkan 22 murid dihanyutk

PEPERIKSAAN

hari ini merupakan hari pertama peperiksaan sem 5... ya Allah, permudahkan segala urusanku... amin sem ini amat mencabar dengan subject major yang semakin menberat.. rasanya kalu timbang kilo leh kot mencecah 5 tan 8oo.. dah rupa berat lori 6 tayar.. huuu tak dinafikan .. berat tue.. hanya Allah yang tahu bagaimana pertarunganku mengapai impian dan menjalani pencarian ilmu...pada semester ini .. belbagai dugaan, tawa , nangis dan kecewa yang kulalui...erti sebuah pengorbanan...sukar untuk ditaksirkan.. baru-baru ini, aku memberi motivasi untuk anak bangsa berkisar mengenai pengorbanan dan liku-liku kehidupanku.. huhu bila ku kenang kembali.. YA Allah , sudah jauh perjalananku kini.. seharusnya aku tidak lagi perlu berasa penat, letih dan luntur semangatku.. sedangkan perjuanganku dahulu terlalu perit namun mengapa bila menuju jalan kesenangan aku mulai terkulai layu... aku akui.. nilai persahabatan terlalu bernilai buat diriku.. penganti pengubat rinduku pada keluarga yang jauh dimata.

TIKA INI

Image
Berdirinya Seorang Perindu Sikap mu meremukkan hati Sengaja kau kenang lagi Kisah menyentuh hati gelisah diri ini Adakah ku diuji Kasih ku yang terlalu dalam Usahlah dipersendakan Sabar dan kejujuran jadi akar cinta Agar kita bahagia Berdiri aku di sini bukan untuk seketika Berdiri aku sebagai perindu Meski pun jiwa ku sedih Terasa bagai dihiris Namun ku tersenyum selalu Ku sentiasa beri kesempatan Semoga ada ruang kemesraan Kita yang punya perasaan Terkadang rasa terkilan Janganlah dikeruhkan kasih yang sedang tenang Kerana ku merindu

Bernilaikah... sebuah persahabatan ?

Image
jika sebuah persahabatan adalah bernilai bagi anda... amalankan tip ini; 1. KESABARAN Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah & mula berfikir tentang hati & perasaan orang lain. 2. BERTERUS TERANG Jangan sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tidak menyenangi sikap teman-teman di sekelilingmu. Cuba berbincang & berterus terang agar masalah yg membelengu dirimu akan selesai dan jangan meninggikan suara ketika berbincang. 3. IKHLAS Sentiasa bersikap ikhlas dan jangan terlalu berkira dengan orang lain. Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita. 4. SALING MENGHORMATI Saling hormat menghormati. Hormatilah orang disekelilingmu dan sudah tentu orang lain juga akan menghormat

PARIT BUNTAR .. LAGI

Air asam istimewa Parit Buntar Oleh Zabidi Ishar - BERNAMA SEKIRANYA anda mendapat jemputan untuk menghadiri majlis perkahwinan atau sebarang majlis keramaian di mana-mana tempat di Parit Buntar, Perak, pastikan anda tidak menolak jemputan itu. Ini kerana jika ditolak pelawaan itu, anda akan menyesal kerana terlepas menikmati makanan seperti kari daging, daging masak hitam, kurma ayam atau daging dan yang paling istimewa ialah air asam. Entah apa istimewanya air asam Parit Buntar kerana anda akan sentiasa teringatkan rasa sedapnya bila pulang ke rumah dan bila mencuba sendiri membuat air asam seperti itu, ia tidak akan sama seperti di sana. Peluang yang penulis peroleh untuk berkunjung kali kedua ke daerah itu tidak dilepaskan begitu sahaja walaupun penulis tinggal di Kelantan , satu jarak yang agak jauh. Penulis baru-baru ini dijemput seorang pesara Jabatan Pertanian, Abdul Halim Sulaiman , 56, ke rumahnya di Parit Lebai Akhil di sini bagi meng

kau ,.. dia dan aku...

Image
anak saudaraku... anak saudara kandungku yang pertama milik siapakah iniii?? seronok sangat bila dinaikkan pangkat... hehhe syawal ke3 yang lalu ... alhamdullah penantiku selama ini akhirnya berhasil... AKu dah jadi makcik.. sebenarnya makcu tapi cian pulak kat adik aku tue nk sangat pangkat pakcu... hehhe... bila imbas semula zaman kanak2 ne.. hahha leh ketawa sendiri... kakadang tue banyak benda yang lucu kuar.. bayangkan macam ne budak yang kuat majuk... suka muntahkan makanan bila majuk... dan suka sangat dengan kasut... hehehe erm comei tak anak saudara aku ne... hehe.. dah lama xuruskan baby ne... rasa janggal la jugak.. masa cuti raya ari tue .. sempat la jugak jadi nurse xberbayar.. merawat 2orang pesakit huhu.. alhamdulilah baru 13 hari anak saudaraku dah naik 200gram .. erm syukur sangat orangnya tak banyak ragam senang jaga... mula2 tue kekok jugak tapi lama kelamaan .. erm