Tuesday, December 14, 2010

Pemimpin

Rasulullah SAW berkata,"Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap daripada kamu akan dipersoalkan apa yang dipimpinnya. Seorang amir adalah pemimpin (kepada rakyatnya), seorang lelaki adalah pemimpin ke atas ahli keluarganya dan seorang wanita adalah pemimpin ke atas rumah suaminya dan anak-anaknya. Maka setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap daripada kamu akan dipersoal apa yang dipimpinnya.(Al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 5200)

Pemimpin.
Menjadi bintang bekerdipan di keheningan langit malam,
Menjadi gunung menggamit di hujung pandang,
Menjadi laut terbentang di keluasan alam,
Menjadi pepohon rendang meneduh kehidupan,

Pemimpin.
Bukan menagih sanjung pujian,
Bukan rakus penentu habuan,
Bukan berang menyatukan perbezaan,
Bukan amarah penyambut teguran,
Bukan dendam dalam tindakan,
Bukan benci dan dengki neraca keadilan,
Bukan jua diri jadi keutamaan,
Allah, Allah menjadi sandaran,
Rasul, Rasul menjadi ikutan,
Al-Quran, Kitabullah menjadi panduan.

(Ibnu Soleh)

Mari bermuhasabah diri....

Adakah kita bersedia untuk menjadi pemimpin?

Terpimpinkah kita untuk memimpin?




No comments: