Keribawaan ku tercalar..

Berakhirnya sem 4 sesi 2008/2009 ne ..maka bermula ala era baru dalam hidup aku . Tak lama lagi dah masuk tahun akhir.. seronok ker? sedih? tah ala aku sendiri xpasti dengan ape yang aku rasa.. tapi sem 4 ne merupakan sem yang telah merobek dan mencalar reputasiku..

Dari aspek persahabatan, aku mula erat dan merapatkan hubungan dengan rakan-rakan sekelas namun ade jua hubungan yang semakin renggang ..entah la mana salahnya, hati ini mula tawar untuk beramah mesra bila mengetahui sesuatu .. wat sekelian kali nya aku melenting menpertahankan diri namun apakah ertinya kejujuran dan kesetian jika kita tidak langsung mendapat kepercayaan daripada orang atasan..

Aspek pelajaran pula.. banyak benda baru yang dapat aku belajar dan mengaptasikannya di dalam kehidupan seharian aku..contohnya Hak Asasi , boleh kata ari2 akta, peruntukan dan deklarasi yang menjadi mainan dan bualanku saban hari. terutamanya masa aku di tindas haha.. apa yang lebih bererti pada sem ini ialah apabila aku mula mendalami dan berfikir dengan lebih mendalam mengenai perpaduan kaum dan hak rakyat malaysia... erm mungkin korang akan gelak jika aku katakan aku hampir setiap kali kelas sistem sosial dan perlembagaan malaysia aku menangis memikirkan nasib golongan yang tertindas... entah la rasa sayu bila tiap kali toturial apabila diminta menceritakan pengalaman perpaduan kaum .. aku berkongsi cerita mengenai uncle Ah Cheat yang sering menghantar kuih muih , memberi duit kepada kak aku dan juga aku sendiri masa mula2 nak mendaftar di universiti dulu.. xlupa juga kalu ade kematian atau majlis atau ape2 jua yang berlaku dalam keluarga aku dia sentiasa ada.. dan yang paling tak dapat dilupakan apabila seorang sahabatku berbangsa India Deepa ,yang terlalu risaukan keselamatan aku untuk pulang ke parit buntar seorang diri.. akhirnya beliau meminta sepupunya supaya mengambil aku di KL Sentral.. aku bersama2 sepupunya dan seorang kawannya bergerak pulang dari kuala Lumpur pada kul 12 malam dan tiba di Rumahku kira-kira pukul 5 pagi.Walaupun aku seorang sahaja perempuan di dalam kereta itu dan berbangsa melayu namun segala kebajikan dan keselamatanku di jaga oleh mereka. ..

Namun begitu keribawaan ku tercalar pada tahun ini dengan pelbagai masalah yang berlaku dan semua ini ku anggap sebagai cabaran.. Diantara cabaran yang paling meruntuhkan ketenanganku ialah apabila 15 minit sebelum masuk exam, lec memanggilku dan memberitahu bahawa carry mark ku 6/50 kerana katanya asigment tidak dihantar. hancur hatiku dan hilang semua hafalanku..huhu apa la nasibku sedangkan sudah 2 kali asigment tersebut dihantar tetapai masih jua dikatakan tidak dihantar.. (peringatan buatku jangan hantar asigment awal lagi,jangan antar bawah pintu dan tangkap gambar sebelum hantar.) Entah la ape nasib aku sem ne yang pasti pointer aku sure jatuh huhu.. bersabar la hati!!. aku xpernah lagi tidak menghantar asigment aku lambat menyiapkan tugasan namun ini betul2 mengugut reputasiku.
sem ini pula merupakan sem terakhir aku bersama abang2ku.. 6.5.09 merupa hari yang agak bahagia buat aku kerana dapat meluangkan masa wat kali terakhir bersama2 mereka walaupun sepatutnya aku perlu stdy untuk paper keesokkannya namun tiada kegembiraan yang lebih indah daripada dapat berkumpul dan makan bersama di tempat selalu kami makan.
Sedih rasa hati bila pesanan dari mereka : "walaupun kita jauh, xdapat makan bersama,makan ais krim bersama, namum kita tetap dihati." Semoga kenangan kita x akan pernah dilupakan huhu..banyak suka duka aku bersama mereka dan mereka jua lah yang banyak mengubah aku .
Kepada sahabat-sahabatku ku memohon jutaan kemaafan dan ribuan keampunan jika terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan yang telah aku lakukan sepanjang sem 4 ini..terutamanya kepada rakan group asigmnt yang terpaksa menbetulkan ejaan , dan mungkin isi aku yang tidak menepati piawaian yang ditetapkan ribuan kemaafan ku pohon.

Comments

Popular posts from this blog

mengimbas memori ..

sepi seorang perindu

Penemuan tergempar