Peristiwa kampung medan Peristiwa Kampung Medan ialah beberapa peristiwa pergaduhan antara India-Melayu yang berlaku di Kampung Medan dari 4 Mac hingga 8 Mac 2001 selama 5 hari. Peristiwa ini berlaku di beberapa kampung iaitu Kampung Medan, Kampung Gandhi, Kampung Lindungan , Kampung Datuk Harun, Taman Desa Ria dan sekitar Jalan Klang Lama. Sengketa ini merebak begitu cepat kerana kawasan ini merupakan kawasan setinggan berpuluh-puluh tahun tanpa pembelaan. Pergaduhan turut merebak ke Petaling Jaya, Jalan Gasing, Kelana Jaya, Sungai Way, Bandar Sunway dan Puchong. Peristiwa ini terjadi disebabkan oleh pergaduhan antara dua kumpulan bermula di Kampung Lindungan ekoran persediaan majlis perkahwinan dan majlis pengkebumian. Majlis perkahwinan itu diadakan di sebuah rumah orang Melayu. Sementara jiran Indianya mengadakan majlis pengkebumian. Kemudian 200 orang turut sama dalam pergaduhan itu. Mereka dipercayai orang luar yang datang atau dibawa dari luar Kampung Medan. Peristiwa ini menda...
Comments