Negeri Perak menpunyai keluasan sebanyak 21,005 km persegi dengan kepadatan penduduk seramai 1,930,382 orang. Terdapat sembilan daerah iaitu Batang Padang, Kinta, Kuala Kangsar, Larut, Matang dan Selama, Kerian, Manjung, Hilir Perak, Perak Tengah dan Hulu perak. Perak menpunyai jumlah pengundi seramai 1,170,351 pengundi dimana terdapat 1,162,676 pengundi biasa dan 33,484 pengundi pos. Terdapat 24 buah kerusi Parlimen dan 59 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Keputusan pilihan raya ke- 12 telah menyaksikan kemenangan kepada Barisan Alternatif iaitu DAP, PKR dan PAS dengan 31 kerusi berbanding Barisan Nasional yang meraih 28 kerusi. Kemenangan Barisan Alternatif di Perak telah mencipta sejarah yang tersendiri apabila pertama kalinya sebuah kerajaan negeri yang akan dibentuk terdiri lebih daripada satu parti atau kerajaan campuran. Masalah mula timbul apabila setiap parti mula berbincang dan menentukan calon daripada parti siapa yang akan menjadi menteri besar. DAP telah meraih 18 k...