Parit Buntar merupakan sebuah bandar di negari Perak. Mendapat nama sempana name Tok Buntar yang telah membina terusan.( masih ada lagi tapi dah kecik macam longkang je di belakang rumah rasmi pemerintah kerian).Yang menariknya tentang Parit Buntar nie terletak di sempadan )Dalam 10 minit ja boleh berada dekat 3 negeri iaitu Perak,Peneng dan Kedah. Yang bestnya Parit Buntar ade 2 buah pekan atau bandar yang di panggil Pekan lama dan Pekan Baru.


Sebenarnya Parit Buntar telah mengalami proses pembangunan yang sangat pesat. Pekan lama merupakan bandar terawal yang dibuka sejak zaman penjajahan lagi dimana kawasan sekitarnya merupakan ladang getah kemudiannya ditanam dengan kelapa sawit. Zaman semakin berlalu..Usaha kerajaan dengan kerjasama dengan negara jiran "segitiga Malaysia-Indonesia-Thailand" telah membawa perubahan kepada Parit Buntar yang dilihat mempunyai potensi sebagai kawasan perindustrian. Akhirnya kawasan ladang getah dan kelapa sawit diganti dengan kawasan perindustrian .Perubahan ini juga membawa kepada pembangunan dimana Pekan baru diwujudkan dengan kelengkapan kemudahan yang lebih sempura , perumahan mula tumbuh bagai cendawan. Pembangunan demi pembangunan ...sehinggalah sekarang .Saya boleh berbangga dengan mengatakan bahawa Parit Buntar lebih tersusun dan lebih baik daripada jelapang ,ipoh lama.


Mojoriti penduduknya merupakan petani dimana keadaan dan suasana kampung masih lagi dapat dirasai.(nyaman dan terhindar dari pencemaran tpi malangnya time2 raya terlalu jem )
salah satu kampung yang terdapat ialah Titi Serong . Titi Serong mendapat nama kerana terdapat titi yang secara serong. Kebanyakkan remaja di Titi Serong mengelarkannya sebagai Titi Coner ( Titi coner team ) inilah kampungku yang aman dan damai tapi hangat berpolitik. hari-hari politik ja menjadi isu, Penduduknya menpunyai kedai, kawan-kawan dan sebagainya berteraskan fahaman politik mereka bayangkan sampaikan kerada pun dipolitikkan (keranda pas,keranda Umno) erm.. inilah yang berlaku bila politik menguasai segalanya.

Comments

Popular posts from this blog

mengimbas memori ..

Penemuan tergempar

sepi seorang perindu