perak oh perak


Negeri Perak menpunyai keluasan sebanyak 21,005 km persegi dengan kepadatan penduduk seramai 1,930,382 orang. Terdapat sembilan daerah iaitu Batang Padang, Kinta, Kuala Kangsar, Larut, Matang dan Selama, Kerian, Manjung, Hilir Perak, Perak Tengah dan Hulu perak. Perak menpunyai jumlah pengundi seramai 1,170,351 pengundi dimana terdapat 1,162,676 pengundi biasa dan 33,484 pengundi pos. Terdapat 24 buah kerusi Parlimen dan 59 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Keputusan pilihan raya ke- 12 telah menyaksikan kemenangan kepada Barisan Alternatif iaitu DAP, PKR dan PAS dengan 31 kerusi berbanding Barisan Nasional yang meraih 28 kerusi.


Kemenangan Barisan Alternatif di Perak telah mencipta sejarah yang tersendiri apabila pertama kalinya sebuah kerajaan negeri yang akan dibentuk terdiri lebih daripada satu parti atau kerajaan campuran. Masalah mula timbul apabila setiap parti mula berbincang dan menentukan calon daripada parti siapa yang akan menjadi menteri besar.


DAP telah meraih 18 kerusi manakala PKR mendapat 7 kerusi dan PAS hanya mendapat 6 kerusi. Hasil daripada persetujuan awal daripada ketiga-tiga pihak hanya satu calon sahaja yang akan yang akan menjawat jawatan tersebut namun demikian di atas campur tangan peminpin DAP dan Keadilan pusat, tiga nama telah dicalonkan yang akan mewakili DAP, Keadilan dan PAS. Tiga nama yang dicalonkan ialah Ngeh KOO Ham dari DAP, Jamaluddin Mohd Radzi dari PKR dan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS.


Setiap parti tersebut menpunyai hasrat supaya wakil mereka dipilh sebagai menteri besar. Akhirnya dengan perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah wakil daripada PAS iaitu Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah dilantik sebagai menteri besar ke -10 manakala 2 orang timbalan menteri besar dilantik iaitu Ngeh Koo Ham menjadi timbakan menteri 1 dan seorang india iaitu A.Sivanesan dilantik sebagai timbalan menteri 2.

Penduduk Perak menerima baik lantikan Ir Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang baru. Para penduduk menyifatkan pelantikan tersebut memenuhi kehendak dan keperluan penduduk Perak yang majoritinya adalah orang melayu. PKR meyambut baik keputusan Sultan melantik menteri besar dari kalangan orang melayu. Manakala bagi DAP lantikan tersebut adalah tidak adil dan hanya menyebelahi orang melayu. DAP menpersoalkan dari aspek majoriti kerusi yang dimenanginya iaitu sebanyak 18 kerusi daripada 31 kerusi sudah cukup untuk menunjukkan bahawa calon daripada DAP yang sepatutnya menjadi menteri besar.


DAP telah mengambil tindakan yang drastik apabila bertindak dengan memulaukan upacara angkat sumpah Menteri Besar yang telah dijadualkan akan berlangsung dihadapan DYTM pemangku Sultan Perak, Dr. Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Pemulauan majlis itu juga telah menyebabkan majlis angkat sumpah tersebut terpaksa ditunda berikutan ketiadakhadiran 18 ADUN DAP.


Melihat kepada pertikaian yang dilakukan oleh DAP yang diketuai oleh Ngeh Koo Ham telah menunjukan bahawa beliau menpersoalkan keputusan Sultan sebagai ketua negeri dan ketua agama bagi negeri Perak. Selain daripada itu, beliau juga menpertikaikan pelantikan menteri besar dan menpersoalkan mengapa hanya orang melayu sahaja boleh menjadi menteri besar. Tindakan ini boleh mengundang kepada masalah perpaduan disamping meningkatan sentimen perkauman di kalangan masyarakat jika tidak dibendung dan diselesaikan dengan cara yang betul. Mungkin segelintir masyarakat melihat isu ini sebagai satu isu yang kecil dan remeh namun pada hakikatnya isu ini berpotensi berkembang dan menjadi pendorong berlakunya peristiwa 13 Mei berulang.


Menurut Profesor Dicey 1959 ,undang-undang perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja iaitu Prinsip Kedaulatan Parlimen dan Prinsip Kedaulatan Undang-undang tetapi di dalam Perlembagaan Malaysia apa yang terkandung didalamnya bukan sahaja hal-hal berkaitan dengan parlimen dan hak asasi bahkan berjenis-jenis perkara lain.
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi punca bagi semua undang-undang, samaada yang sudah ada atau yang akan dibuat. Semua undang-undang lain hendaklah tidak bertentangan dengan perlembagaan kerana jika ia bertentangan terbatallah undang-undang itu. Perlembagaan mengandungi pelbagai peruntukan, antara lain, badan perundangan iaitu Parlimen, badan pemerintah seperti jemaah menteri, mahkamah dan lain-lain.
Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Bahagian 10 berkenaan perkhidmatan awam. Perkara 132 (1) Bagi maksud- maksud perlembagaan ini, perkidmatan awam ialah:
(a)angkatan tentera
(b)perkhidmatan kehakiman dan undang-undang.
(c) perkhidmatan awam am persekutuan
(d) pasukan polis
(e) dipotong oleh akta A885
(f) perkhidmtan bersama yang disebut dalam perkara 133
( g)perkhidmatan awam tiap-tiap negeri dan
(h)perkhidmatan pelajaran

(2) kecuali sebagaimana selainnya diperuntukkan dengan nyata oleh perlembagaan ini, kelayakan untuk pelantikan bagi orang- orang dalam perkhidmatan awam dan syarat- syarat perkhidmatan mereka, lain daripada orang-orang dalam perkhidmatan yang disebut dalam perenggan (g) fasal(1) boleh dibuat peraturan oleh undang-undang persekutuan juga, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan itu,oleh Yang dipertuan Agong dan kelayakan untuk pelantikan bagi orang-orang dalam perkhidmatan awam mana-mana negeri dan syarat-syarat perkhidmatan mereka boleh dibuat peraturan oleh undang-undang negeri dan juga, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang negri itu,oleh Raja atau Yang dipertua Negeri bagi negeri itu.


(2a)Kecuali sebagaimana diperuntukan dengan nyatanya oleh perlembagaan ini, tiap-tiap anggota bagi mana-mana perkidmatan yang tersebut dalam perenggan (a), (b), (c), (d),(f) dan (h) fasal(1) adalah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang dipertuan Agong dan kecuali sebagaimana diperuntukkan dengan nyatanya oleh Perlembagaan Negari, tiap-tiap orang anggota bagi perkhidmatan awam negeri adalah memegang jawatan selama dipekenankan oleh raja atau Yang dipertuan negeri bagi negeri tersebut.


Berdasarkan petikan daripada Perlembagaan Persekutuan perkara 132 (1), (2) dan (2a) jelas menunjukkan bahawa kekuasaan Agong, Sultan, Raja dan Yang diPertua negeri menpunyai kuasa untuk melantik kakitangan awam. Lantikan tersebut boleh dibuat berdasarkan cadangan daripada Perdana Menteri, Menteri Besar merujuk kepada bidang kuasanya.

Comments

Popular posts from this blog

mengimbas memori ..

sepi seorang perindu

Penemuan tergempar