Aktiviti cuti semester2: meningkatan motivasi diri

sambungan daripada post terdahulu...
berada di rumah sendiri tidak semestinya aku harus bergoyang kaki .. pernah tak askar berhenti berlatih? xkan... macam tue la jugak anak bekas tentera.. mesti tak biarkan duduk diam ade saje benda yang telah diprogramkan.... jom kita tinjau aktiviti yang telah aku lalui ...

sila abaikan tarikh pada gambar.. lupa format date... ne adalah rumah baru yang abah aku baru buat untuk calon isteri ke 2 merangkap bakal mak tiri aku hahha..tak de la , gurau je.. nak buat rumah sewa jer.. 3 bilik 3 bilik air... untuk makluman semua abah aku ne dulu askar jurutera,umah ne buat sendiri yer.. salah seorang tenaga kerjanya adalah aku.. masa cuti ari tue aku tolang buat lantai rumah.. sapu cat... basuh cermin.. kemas peralatan tukang ..

berbakul-bakul mesin aku kutip dan simpan .. takut hilang, lagi pun rumah aku ne ari-ari ade orang kuar masuk.. tambah pulak abah aku ne tak suka barang dia bersepah.. semua kena susun ikut setnya.. macam nak giler cari pembuka grander...geram btul aku dengan adik aku suka letak merata-rata.


mesti tertanya-tanyakan nape gambar ne.. masa cuti hari tue duit PT memang dah habis.. duit simpanan aku lak tinggal seratus lebih ja.. jadi nak cari wang lebih aku dan adik aku mengambil upah menabur baja..berat setiap beg ne mencecah 20 - 30 kg .. hahaha aku tak kisah kerja teruk mahupun kotor... ape yang aku cari adalah rezeki yang halal... de dalam 6 relung bendang yang kami ambik upah.. upah bukan la mahal sangat.. tapi lepas la untuk beli hadiah wedding kawan2 aku.. dan berbelanja barang dapur sepanjang aku berada di rumah..



yang atas tadi baja campuran... yang ne baja biji... yang atas berat dia 20 kg.. ne lak 30 kg..

yang ne pulak baja garam... kegunaan untuk menuetralkan tanah dan memberi nutrien pada pokok padi..

baja- baja yang hendak di tabur harus dipastikan tidak berketul... supaya memudahkan kerja .. kalu berketul nanti tersangkut kat dalam mesin .. baja tak keluar dan kena buka enjin dan body mesin...perjalanan yang memakan masa 30 minit untuk ke bendang-bendang menyebabkan kami menggunakan moto dan "lori tarik"aka sebuah kotak kayu yang besar yang menpunyai 2 roda dan ditarik oleh motosikal .. macam yang digunakan kat ladang-ladang kelapa sawit untuk mengangkut buah.. haha memang la orang akan pandang semacam bila tengok aku.. tapi aku tak peduli aku cari rezeki yang halal...


heppp.... hahhaha.. ishh koboi ne tak de kuda ker???..

macam biasa la . . kali ne kami buat kenuri korban lagi.. dekat umah tok.. besar tak lembu ne.. masa bawak turun dari lori 2 kali dia tendang tuan dia.. hahha.. marah kot jual dia..
garang giler.. aku ditugaskan supaya memandikan lembu nie.. huhu berape kali dia nk sepak.. ape lagi aku simpan jer air 3 timba pas tue ..lari...

tengok la tiang elektrik tue.. kuat giler dia..tgk la berape ramai yang kena tarik tali untuk menjatuhkan dia...


bila dah sampai masanya... sabar... jauh tak aku tangkap gambar.. bukan ape nak mengelakkan daripada aku sebut perkataan kesian...


saat untuk melapah .. tarik.. tarik...

cuba kira cukup tak empat ? haha sekarang ne proses untuk menimbang sekilo seorang.. tapi kami cuma edarkan 1 paha jer yang lain .. dimasak dan dijadikan juadah jamuan pada keesokan hari.. malam tue pulak kami adakan .. tahlil.. marhaban dan berzanji..




erm ne pulak .. kawan aku dari tadika yang sedang bertungkus lumus menyiapkan adiah tok reunion kitaorang... lepak di rumah aku hingga mencecah angka 1 pagi..

maka inilah hasilnya...


antara aktiviti yang kami lakukan...
hahha gambar diatas adalah rakan aku dari sekolah rendah..

ne pula muka2.. yang sempat aku rakamkan... ikut perancangan dalam 20 lebih dapat turun peneng tapi berbagai masalah dan salah paham tarikh ... menyebabkan tak ramai yang datang... kuantiti tak penting .. ape yang penting adalah kualiti!!!

ok cukup la untuk post kali ne.. nantikan sambungan aktiviti cuti semester3 ...nanti.. tungggu!!

Comments

Nani said…
Bik gagah perkasa duzz!

Popular posts from this blog

mengimbas memori ..

Penemuan tergempar

sepi seorang perindu