Rasulullah SAW berkata," Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap daripada kamu akan dipersoalkan apa yang dipimpinnya. Seorang amir adalah pemimpin (kepada rakyatnya), seorang lelaki adalah pemimpin ke atas ahli keluarganya dan seorang wanita adalah pemimpin ke atas rumah suaminya dan anak-anaknya. Maka setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap daripada kamu akan dipersoal apa yang dipimpinnya. ( Al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 5200) Pemimpin. Menjadi bintang bekerdipan di keheningan langit malam, Menjadi gunung menggamit di hujung pandang, Menjadi laut terbentang di keluasan alam, Menjadi pepohon rendang meneduh kehidupan, Pemimpin. Bukan menagih sanjung pujian, Bukan rakus penentu habuan, Bukan berang menyatukan perbezaan, Bukan amarah penyambut teguran, Bukan dendam dalam tindakan, Bukan benci dan dengki neraca keadilan, Bukan jua diri jadi keutamaan, Allah, Allah menjadi sandaran, Rasul, Rasul menjadi ikutan, Al-Quran, Kitabullah menjad...
Mendung pagi ini… memberi petanda kemungkinan hujan akan turun..Begini la keadaan cuaca di Malaysia saban hari, panas terik di tengah hari namun hujan lebat pada sebelah malamnya. Pada 3 Disember yang lalu telah meninggalkan titik hitam di hatiku.. mungkin itu bukan takdir bagi rakan-rakanku dalam melakar kehidupan mereka namun kesannya jua tempias kepada diri ini.. 24 Disember yang bakal tiba.. akan menjadi tarikh keramat untuk ku kembali melakar pelangi kehidupan. Sedikit sebanyak, hati ini mula ragu-ragu kerana besar kemungkinannya ku akan menerima perkhabaran yang serupa :( Namun segalanya akan ku terima dengan redha dan tabah kerana aku mengetahui bahawa DIA lebih mengetahui mana yang terbaik buat dirik :) Warna-warna pelangi mulai terlakar cantik dilubuk hati ini… Berbicara dengan tentang hati…. Wahh… hati? Warna-warna pelangi mulai terlakar cantik dilubuk hati ini… :) Telah kujejaki sebuah pencarian kepastian.. Alhamdulilah.. hati ini telah pasti jawapannya...
Hello sayang... kenapa sayang tak nak angkat tepon bila abg call handset sayang tadi... janganlah sayang merajuk lelama sangat, betui... abg tersangatlah rindu kat sayang..... walaupun muka abg ni agak macho dan comel.... janganlah sayang jeles kat abg kalau-kalau ada awek lain yang asyik pandang-pandang dan senyum-senyum kat abg masa kita gi dating.... biasa la tuh... Apa...tak muat...??? kan sayang dah test cincin tu masa kat kedai emas apek tu tadi... apsal la tak muat pulaks.... janganlah sayang risau.... duit cincin yang sayang bayarkan tadi..esok-esok abg bayarla balik kat sayang..... sayang pun sedia maklum....abg bukannya takde duit.. tapi duit tu abg dah belikan graphic card baru kat pc abg.... RAM pun abg dah beli yg baru... tambah lagi sekeping...kasi power sikit.... tu belum masuk nak tukar hardd! isk baru lagi tuh.... Abg tau sayang marah sebab abg yang selamba katak jer... melompat longkang depan kedai apek tu tadi... tanpa menunggu sayang melintas titi.....
Comments