Minda terbuka @ penjajah baru



Alhamdullah.. ari ne kelas berjalan seperti biasa.. ape yang menariknya pagi ini pembentangan tugasan kumpulan subjek dasar perancangan sosial..tajuk-tajuk tugasan hanya diberikan seminggu sebelum perbentangan pada setiap kumpulan supaya setiap kumpulan menpunyai masa yang sama untuk disiapkan..

kumpulan pertama: Nilaikan perlaksanaan dasar atau polisi-polisi sosial di Malaysia yang
menyumbang kepada progresif Malaysia hingga kini.

kumpulan kedua:

kumpulan tiga : Pelaksanaan polisi-polisi sosial di Malaysia adalah memenuhi kehendak atau
matlamat kontrak sosial?

Tugasan seperti ini merupakan perkara yang mampu memberikan kepuasan dan meningkatkan pemahaman kita terhadap sesuatu isu.. bukan untuk menyatakan bahawa mahasiswa/i sekarang malas membaca tapi ini lah hakikatnya, kebanyakkan mahasiswa/i sekarang kurang berminat dengan isu, maklumat mahupun ape sahaja yang berkaitan dengan politik dan kenegaraan..

Seringkali saya tertanya- tanya di manakah silapnya?.. salah kerajaan yang memerintah ? struktur olahan ayat yang membosankan atau sudah bosan kah mereka dengan negara mereka sendiri? bila mengutarakan isu ini kadang kala pengetahuan asas berkaitan negara kita juga langsung tidak diketahui oleh sebilangan rakyat negara ini.

Baru-baru ini, saya ada menonton satu rancangan yang menerjah orang ramai dan diminta menjawab beberapa soalan misalnya:

1. Berapakah bilangan jalur di Bendera malaysia?
2. Berapa lama DR.M memerintah?




percaya atau tidak hanya 2 orang sahaja yang mampu menberikan jawapan yang betul. Serius ! rasa sangat sakit hati bila kebanyakan jawapan yang diberikan langsung tidak tepat dan yang lebih menyedihkan ialah lagu Negaraku pun diorang tak hafal....

saya tak dapat bayangkan ape yang akan berlaku nanti jika semua rakyat Malaysia tidak menpunyai semangat kebangsaan. Rasanya wajar jika saya katakan jika beginilah keadaan rakyat Malaysia sekarang .. insyaAllah tak lama lagi pasti diJAJAH ..

tahniah yer diatas penjajahan semula suatu masa nanti..

Comments

Popular posts from this blog

mengimbas memori ..

sepi seorang perindu

Penemuan tergempar