Ramadan kembali lagi.. tabah hati

Bulan ramadan menjelma lagi.. alhamdullah , aku bersyukur kerana dengan limpah kurnianya aku dapat jua bertemu ramadan pada tahun ini..

Di dalam bulan yang mulia ini.. aku berharap agar aku dapat meningkatkan amalan dan bermuasabahkan diri..semoga ramadan kali ini membawa sejuta kesan yang positif di dalam kehidupan seharian ku..

Di awal ramadan seperti ini.. sukar untukku menerima kenyataan..kadangkala bila menjelang ramadan hati aku mulai pilu .. sedih bila mengenangkan hari ulang tahun yang amat perit untuk di ingati..

insyaAllah.. semoga ramadan kali ini akan memberikan aku kekuatan untuk menerima kenyataan dan redha diatas ape yang berlaku..ape yang berlaku ade hikmah disebaliknya..Allah memberikan ujian kepada hambanya untuk menguji kesabaran dan meningkatkan keimanan kita..

semoga syawal yang bakal menjelma ini bisa menjadi saksi ..berakhirnya sebuah kekesalan .. semoga di 1 syawal ini aku mampu menjejak kaki dan menziarah pusaramu..selepas hampir 5 tahun aku gagal menerima hakikat sebuah kematian..memang fitrah manusia menghargai sesuatu apabila dah tiada di depan mata.. begitu la aku yang gagal menilai seorang sahabat/abang/saudara...

Senyuman dan senda guraumu yang selalu menghiburkan aku... senyumanmu yang selalu bermain difikiran, kasih sayang dan sikap menglindungimu mencipta kenangan tersendiri.. kau datang tiap kali aku dibuli dan kau lindungi ku sebagai adikmu..
Al-fatihah buatmu..

maafkan daku kerna sudah membuat keputusan untuk melupakan kewujudanmu.. namun keluargamu..tetap akan menjadi sebahagaian dari keluargaku.. semoga kau tenang disana..

hilang xberganti...

Comments

Popular posts from this blog

mengimbas memori ..

Penemuan tergempar

sepi seorang perindu