KECEWANYA

Assalamualaikum...

meniti hari menjelang exam ne buat aku rasa lemas je.. nak ilangkan tension dan bosan, ape lagi blog.. fc, tag n dll la caranya...malam tadi tag jadi mangsa kebosanan aku .. kacau-kacau kekawan lama.. ingat nak wat kejutan tapi akhirnya aku yang menerima kejutan .. huhu sabar jer la..

pepagi ne .. macam biasa baca Utusan Online.. tengok blog sekolah lama.. kacau kekawan kejap.. huhu aku cuba mengawal diri supaya tak terlalu baca blog politik dan isu semasa untuk seketika namun ... akhirya aku tewas..

panasnya hati BETOL, dengan sikap orang kita ne de ape sahaja yang berlaku mudah sangat membuat kesimpulan dan melatah.. eee try la baca :

MAYAT PERTAMA 1MALAYSIA

PERANGKAP MAUT 1MALAYSIA



PESERTA PERKHEMAHAN 1MALAYSIA LEMAS - malayssiakini

Seorang pelajar perempuan mati lemas manakala dua lagi masih hilang sehingga pagi ini apabila jambatan gantung yang mereka lalui secara beramai-ramai untuk menyeberangi Sungai Kampar putus.

Kejadian itu mengakibatkan 22 murid dihanyutkan air deras. Menurut The Star, 19 lagi murid ditemui selamat.

Jambatan tersebut terletak di Pusat Kokurikulum Daerah Kampar dalam kawasan SK Kuala Dipang. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.30 malam tadi.

Mereka adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

nota:
tak ada apa nak cakap

seluruh rakyat satu malaysia bersedih
anak anak sekolah digunakan untuk dahulu dimatikan

ibu bapa wajib sedar
plkn dan 1malaysia
adalah sarang kematian

haruskah kita mengemukakan kesimpulan sebelum melihat pencapaian... adakah kita sudah mampu berdiri sendiri?? Sila renungkan fikirkan manpukah kita hidup jika tiada bantuan RMT..BIASISWA..ELAUN PERTANIAN..BANTUAN BAJA.. ne cuma contoh sahaja jika diterangkan secara terperinci peranan dan tanggungjawab sosial yang telah dilaksanakan kepada rakyat .. agaknya 3 hari 3 malam belum tentu habis taip..

kepentingan individu ... tak dinafikan ade diantara "pengkianat "yang terpesong dari landasan tanggungjawab namun kita tidak seharusnya terus menerus melebel semua tindakan dan masalah yang berlaku di bahu Kerajaan..

kita seharusnya menilai dan memuhasabah diri kita sendiri mengapa kita sendiri tidak bertindak .. bicara kedai kopi je la nampaknya..

renung-renungkan....

Comments

Conee said…
hmm... -.- tak tau nak cakap apa...
Ashsikin Aisyah said…
takziah buat keluarga dan musibah yang melanda..

di doakan..aminn

Popular posts from this blog

mengimbas memori ..

sepi seorang perindu

Penemuan tergempar