Dalam kemeriahan terselit kedukaan

sekadar gambar hiasan


kadangkala... kita terlalu memikirkan sesuatu dan adakalanya perasaan kita menghantui kehidupan kita....

Dalam kemeriahan syawal yang baru disambut ... terselit kedukaan yang sukar untuk ku ungkapkan... mungkin itulah takdirnya... setiap orang menpunyai perancangan dan kehendaknya sendiri , begitulah jua aku.. namun mungkin apa yang ingin ku kecapi mungkin masih belum tiba masanya..

Harga sebuah senyuman dan penghargaan...adalah suatu nilai yang tak terkira mahalnya.. memang lumrah manusia memerlukan dorongan dan mengharapkan setiap yang dilakukan dihargai.. begitulah jua dengan diriku.. namun aku pasrah kejujuran, keikhlasan dan segalanya yang aku perjuangkan umpama sampah yang tidak bernilai.

alhamdulliah ... semuanya selamat namun suatu perasaan baru yang wujud sukar untuk ku tepis...bukan aku inginkan perasaan ini tapi aku sendiri tak lagi mampu mengubah sebuah kekecewaan untuk menjadi sebuah kenangan dan keindahan kehidupan di alam menara gading.

Kini aku pasrah .. biarlah apa yang berlaku berlalu namun untuk melupakannya .. tidak.. cukuplah sekali... lebih baik menghargai diri sendiri dan menjaga kebajikan diri sendiri. Sinopsis yang manpu ku rumuskan.

syawal kali ini ... ya Allah... bagai tersentap jantungku apabila ku menerima perkabaran duka yang sukar untuk ku terima...petang syawal yang pertama telah mengubah kegembiraan sebuah keluarga kepada sebuah igauan yang menakutkan... mampukah seorang ibu menahan kedukaan berpanjang meratapi kehilangan demi kehilangan?

jawapannya tidak!! itu yang pasti.. anak yang dikandung selama 9 bulan pergi selepas hanya manpu bertahan 40 hari... namun kedukaannya tidak berakhir disitu.. 44 hari selepas pemergian anak bongsunya .. sekujur tubuh kaku yang berada dalam keadaan mengerikan telah memeranjatkannya... walaupun tidak dapat dikenali pemilik tubuh itu... laungan jeritan,tangisan dan ratapan seorang ibu yang mengecam anaknya melalui baju yang mebaluti tubuh kaku itu sudah cukup menjawab persoalan siapakah lelaki itu....

kini selepas beberapa tahun pemergian insan-insan tersayang...dalam kemeriahan menyambut syawal .. satu-satunya puteri lindung bulan yang ditatang bagai minyak yang penuh... kini koma selepas terlibat dalam kemalangan di petang syawal..YA ALLAH

mampukah tubuh kerdil itu menangung derita??? sebahagian kulit kepala yang terkoyak dari kening hingga ke kepala sehingga menampakkan otak... jahitan demi jahitan sehingga mencapai angka 50 jahitan ... YA ALLAH.

tidak dapat kubayangkan bagyaimana keadaan kedua-dua orang tuanya..masih lagi ku terkenang sehari sebelum syawal.. betapa gembiranya si ibu menjemputku ke rumah. Gelak tawa dan senyuman jelas kelihatan.. TABAHLAH MAMA DALAM MENGHADAPI SITUASI INI .. KU SENTIASA MENDOAKAN KESELAMATAN SITI..TABAHLAH MENGHADAPI UJIAN INI..

kesedihan dan kegembiraan keluarga ini adalah sebahagian daripada kehidupanku..orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa... aku bukanlah kacang yang akan melupakan kulitnya... keluargamu .. keluargaku jua.

Comments

Popular posts from this blog

mengimbas memori ..

Penemuan tergempar

sepi seorang perindu