"petikan dari blog harimau mengaum"

Undi BN kalau tidak mahu miss soru?

KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa serta-merta semua kakitangan dan pegawai agensi Kementerian Pertanian dilarang menghadiri mesyuarat pembangunan yang dianjurkan di lima negeri pembangkang. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar, berkata ini kerana kerajaan negeri terbabit tidak memberi kerjasama dan peruntukan untuk projek membabitkan kepentingan petani, peladang dan nelayan.


Ini sudah kira dasyat. Kalau kita masih dijajah oleh Jepun dan mahu terselamat dari pelempang gred A tentera Jepun, jalan paling mudah adalah dengan menjadi Kempetai. Jika tidak, kempunan makan nasi lah jawabnya.

Nampaknya, formula yang seakan- akan sama telah digunakan oleh Kementerian Pertanian. Tiada mesyuarat yang dihadiri pegawai maka tiada keputusan boleh dibuat. Tiada keputusan maka tiada perubahan. Tiada perubahan maknanya miss soru.

Sudahkah Dato' Noh memikir masak-masak keputusan tersebut? Terfikirkah Dato' Noh tentang siapa yang menjadi mangsa?

Lagi satu soalan, orang Tanjong Karang pun tak terkecuali kan?

Harimau: inilah akibatnya duit rakyat dibuat macam duit sendiri. Lagi satu, kenapa beliau sebut "lima negeri pembangkang"? Dia kira Perak sekali ke?

p/s ni la masalah nye kalu pemimpin politik masih lagi tidak matang!!

perjuangan politik adalah untuk memperjuangkan hak rakyat bukan menyeksaan rakyat.. wajarkan tindakan ini dibuat??

1 Malaysia?

perpaduan?

ape kejadahnya semua ini??

pemimpin tidak matang bagaimana masyarakat nak bersatu- padu . Kita adalah serupa, rakyat malaysia walaupun berbeza agama, bangsa ,warna kulit dan ideologi politik yang berbeza tapi kami tetap menpunyai hak yang sama.

Comments

Popular posts from this blog

mengimbas memori ..

Penemuan tergempar

sepi seorang perindu