senang memaafkan tapi sukar melupakan

setiap manusia tidak dapat lari dari ujian yang diturunkan oleh Allah swt. begitu juga aku, mungkin Allah swt memberi aku petunjuk dan pengajaran di atas sikapku .. ikutilah peristiwa penting yang berlaku semasa cuti semester yang lalu.

1.Pertengahan bulan mei yang lalu, ketika aku baru balik ke kampung aku mendapat berita nenekku yang aku panggil tok aji dimasukkan ke hospital , so aku xtau kenape ati aku cakap g je la tgk.. aku mintak mak tolong buatkan bubur yang sedap giler tapi mak cakap xpayah bawak ape ..tok xnak makan punya.. aku cuma abiskan 1 jam je kat hospital tue pun 2 3 patah je perkataan kuar dari mulut aku dan aku just tolong sorong tok g toilet..( sedih sangat bila tok cakap kat nurse dia sedih sebab anak n cucu dia tak datang melawat, nurse tue tnya nape makcik nak sedih kan tue cucu makcik datang.. )

2. ari 2 seterusnya tiap kali aku terpikir nak datang melawat ,tiap kali tue jugak la kaki aku berat untuk melangkah n membatukan diri di rumah. Suatu hari, makcik cal katanyer tok deman teruk.. rasa xsedap hati jadi kami sekeluarga balik ke kampung yang xjauh mane tue 15 minit yer dari rumah.. aku tengok tok dah xterurus dengan rambut mengerbang dan bau yang menyakitkan hidung.. aku ,mak dan sepupuku bergilir2 mengangkat tok dari katil ke kerusi roda. kami mandikan, tok cakap kat aku dah 5 ari dia xmakan .. aku kuar gan paksu dan makcik ke town beli kerusi malas n susu lembu n kismis.. mak masakkan susu lembu n kismis untok jadikan bubur , aku suapkan..( aku xtau nape aku xrasa ape2 , xde perasaan langsung n ape yang aku rasa cuma simpati)

3. kami balik umah n aku xpernah balik lagi sehinggalah panggilan talifon pada 14 jun 2009 jam 7 pagi .. menyebabkan aku bergegas pulang dan pada masa yang sama abah dah kuaq xtau nak cari kat mana.. tok meninggal ...masa aku sampai kat umah tok de 6 orang jiran gah tolong pasang tirai dan angkat jenayah ... mak aku menatap wajahnya tapi aku cuma manpu memandang dengan hujung mata..mak cik aku dah terperosok meratap n menangis di muka pintu. aku gagal menghubungi abah .. aku ditemani jiran ke balai polis melaporkan kematian tok ku. Semasa di balai polis aku hairan nape aku langsung tidak menpunyai perasaan.. aku xrasa sedih pun, nangis pun tak.

4. Aku uruskan surat pengkebumian, abah aku pula menguruskan urusan pengkebumian, mak pula sibuk memasak untuk saudara mara jauh yang datang ..pesan tok agar jangan sesekali membiarkan anak cucunya tidak sediakan nasi walau pa jua keadaan... kami membelanjakan hampir 3 ribu untuk urusan pengkebumian, seramai 300 jemaah telah dijemput untuk solat jenazah namun hanya 270 jemaah yang dapat hadir..

mungkin kerana Allah swt ingin memberi peringatan kepada aku.. semasa aku tolong mak untuk menyalakan api utuk memasak nasi tiba-tiba api menyambar sebahagian muka aku.. ya azabnya .. sakit!!!!! pedih!!!! dengan sekelip mata sahaja aku meraung kesakitan..mujurlah aku memakai tudung cuba tudung aku terbakar teruk .. bulu mata aku separuh terbakar dan ade sebahagian muka aku yang melecur ..aku dibawa ke hospital..semasa menunggu untuk mendapatkan rawatan di wad kecemasan aku terpikir dan teringat tok.. aku mula memikir . Doc menyapu krim warna putih kat muka aku walaupun aircond terlalu kuat n kipas dihalakan kepada aku ..muka aku masih jugak panas dan sakit.. aku diberi ubat dan dibenarkan pulang..

Dalam perjalanan pulang, aku mengambil keputusan untuk memaafkan segala perkara yang tok telah menyakitkan aku.. aku redha selama puluhan tahun aku menagih kasih sayang yang xpenuh ku terima aku redha.. masa untuk memandikan jenayah mak menyuruhku menolong memandikan jenayah...hanya ini usahaku yang terakhir... tok cucumu tok.. memandikan tok ya.. erm mengapankan jenayah .. ikram haji dan 3 lapisan.. bila saat ne aku tenung semua wajah2 yang ade di sekeliling.. aku tenguk muka abah, makcik,mak ngah, ..aku tengelam dengan dunia khayalan...mengimbau kenangan silam..pahit semuanya pahit..suatu masa dulu aku percya kasih sayang manpu mengubah segalanya aku cuba sedaya upaya namun aku tewas aku kecewa kerana usaha aku xmengubah ape2 selain aku hanya manpu menangis sepanjang jalan tiap kali aku balik dari kampung..

boy.. cepat p kucup tok wt kali terakhir.. xtau la suara sape.. bila tiba giliran aku .. aku tabur kapur barus kot warna kuning... pas tue aku cium dahi tok wat pertama kalinya dalam hidup aku.. sejuk...

aku tak tahu adakah pernah dia mengakui aku sebagai cucunyer??? erm 3 hari aku tak dapat tidur malam .. makcik mintak aku tolong uruskan untuk menutup akuan peladang tok dan menempah batu nisan ... aku pilih batu nisan warna biru nak warna itam batu marmar harganya boleh tahan la jugak 600, Paksu nama tuan tmpat tue .. masa nak balik paksu tue pesan kat aku.. jaga makcik baik2, jangan bawak moto laju2 n dll .. entah la sebak pulak aku rasa... erm cukup la cita ne setakat ne ..

semoga rohnya dicucuri rahmat .. al -fatihah buat nenekku sayang.

p/s adalah mudah untuk kita memaafkan namum mampukah kita untuk melupakan segalanya? kenangan akan sering kembali di ingatan .. adakah kita mampu ?????

Comments

Popular posts from this blog

mengimbas memori ..

sepi seorang perindu

Penemuan tergempar