"kahwin free"



Erm cerita ini merupakan permintaan khas daripada nani ..yang gemar bergosip.. kisah ini tidak ade kena mengena dengan sesiapa tetapi yang yang terasa bertaubatlah... (^_^).

memandangkan kehidupan sebagai mahasiswa yang penuh dengan cabaran dan dugaan masa kini.. era globalisasi la kan..huu huhu.. ditambah pula dengan bidang pengajian yang memerlukan kami supaya sentisa peka terdapat isu semasa dan keadaan sekeliling telah memerangkap "AKU DAN DIA"
kami telah didapati bersalah kerana berdua-duaan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM pada waktu malam...

ketika ditangkap


keadaan kami ketika itu YA ALLAH berserabut..

dia sedang sibuk membuat sentuhan terakhir..

manakala aku pula sedang sibuk memastikan setiap step diikuti..


Ustazah NANi rongeng ..

telah berjaya mengesan tapak projek tersebut..

berkat sifat gosip dan rasa ingin tahu yang menbuak2..

beliau telah menerjah kami ..

" kamu didapat bersalah kerana berdua-dua tanpa ikatan yang sah"

Jam menunjukkan tepat jam 12.30 malam ..

kami masih lagi leka dan indah dibuai perasaan ..





OOOpSSS..

eeee
true story..

Sem ini adalah sem yang sangat mencabar keribawaaan kami sebagai seorang mahasiswa ..dah nama pun pelajar universiti mestilah tidak dapat lari dari pelbagai tugasan dan esei yang berlambak- lambak.. Sebagai student "komunikasi dan dasar awam " (hehehe top program di fakulti FSSK, UKM... dan mendapat ranking ke 150 Fakulti sains sosial terbaik di dunia.)

Jumlah asigment yang diterima pada sem ini ialah sebanyak 25 huhu.. separuh mati dibuatnyer.
Mujurlah dengan berkat sokongan daripada pelbagai pihak..khususnya rakan-rakan sekuliah serta sahabat-sahabat karib yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan ..setiap asigment yang diterima telah berjaya disiapkan...dengan jayanyer..

Berbalik kepada cerita "kahwin free"..

sebenarnya kami telah dinasihat kan oleh banyak pihak kerana hobi kami yang gemar bertapa di koridor FSSK dari pagi hingga ke malam...untuk menyiapkan tugasan ..

Memandangkan kami menpunyai tabiat dan kelemahan tidak tahan godaan tilam dan bantal ..kami telah mengambil keputusan untuk menghabiskan setiap tugasan di fakulti dan bilik hanyalah tempat untuk tidur..

KENAPA FAKULTI ? BUKAN PTSL?

sejak dari tahun satu, semester satu ..

kami memang gemar menghabiskan masa di pusat sumber kolej..(KKM)

boleh dikatakan tiap-tiap malam.. dihabiskan bersama..online, study dan sebagainya..

disebabkan oleh .. masalah yang tidak dapat dielakkan

aku telah ditukarkan ( minta tukar kolej) ke kolej lain iaitu ZABA' yang sangat best!!
Study di PTSL adalah tempat yang kurang sesuai kerana keadaanya yang gelap dan sejuk serta sunyi memudahkan mata kami untuk tidur..HUHU..

Parking terbaik untuk tidur adalah di aras 3.. huhu.. 5 minit ja duduk dah leh tertidur..

itulah sebabnya.. kenapa kami memilih untuk bertapa di FSSK..


p/s - gambar- gambar untuk "Kahwin free" ne tidak dapat didownloadkan kerana masalah
teknikel harap bersabar yer.

Comments

Nani said…
Salam. Gambar berkhalwat anda sudah dipos. Sila ambik di Pejabat Agama Daerah London dengan segera sebelum saya jual di Youtube. Untuk makluman kalian gambar2 akan digunakan untuk membuat kad nikah kamu berdua. Sekian.
-Ustazah Ronggeng yang jauh di London-
Anonymous said…
amboi...
ustazah nani..
sukanyer dia bab2 khalwat nie....hehe
memandangkan saya merupakan mangsa fitnah...
saya akan memfailkan saman malu ke atas anda....
c u in court....hahahahahaha
Nani said…
Mak suka nyah....(versi Kei)

Popular posts from this blog

mengimbas memori ..

Penemuan tergempar

sepi seorang perindu