penilai petunjuk prestasi utama (KPI) diwujudkan

Penilaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang baru diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pentadbiran kerajaan .
''Setiap daripada kita akan diukur oleh KPI dan jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak terkecuali."

Pendekatan baru KPI yang akan menilai prestasi para menteri, timbalan menteri dan pegawai kanan perkhidmatan awam setiap enam bulan sekali. KPI menekankan aspek kesan, hasil dan penyampaian perkhidmatan awam yang berbaloi dan akan dipantau oleh sebuah unit baru yang dipimpin oleh seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Bagi memastikan matlamat tersebut tercapai, kerajaan akan mencari jalan supaya prestasi para pegawai kerajaan dapat bergerak lebih berkesan.

''Kita juga perlu beri perhatian dalam meningkatkan hubungan, semangat kerjasama dan perpaduan semua kumpulan kaum bagi menjayakan konsep Satu Malaysia, seterusnya mencapai sasaran Wawasan 2020

Sehubungan itu, TPM mengajak pegawai-pegawai kanan perkhidmatan awam supaya bersama membantu Perdana Menteri menjalankan tugas untuk memenuhi keperluan rakyat.

Kewajaran daripada pelaksanaan KPI ini mungkin tidak dapat dinilai di dalam sama terdekat dimana setiap prestasi kakitangan awam hanya dinilai 6 bulan sekali. Keadaan ini bukanlah sesuatu yang baru tapi penilai prestasi ini merupakan salah satu konsep di dalam pengurusan sumber manusia

PENILAIAN PRESTASI
Tujuan asas penilaian prestasi menurut June M.L.Poon,1994: adalah untuk memberikan maklum balas kerja kepada pekerja agar mereka dapat memperbaiki prestasi kerja mereka .Penilaian yang tertumpu kepada pembangunan pekerja membolehkan pihak majikan menentukan keperluan pembangunan dan bimbingan selain dapat memantau perkembangan dan produktiviti pekerja.

KRITERIA
Terdapat dua kriteria penilaian iaitu kriteria sifat dan kriteria hasil kerja. Kriteria-kriteria ini merupakan asas pertimbangan untuk menentukanprestasi kerja yang harus dipilih dengan sebaiknya.

kriteria sifat - merujuk kepada ciri-ciri keperibadian seperti keyakinan diri, inisiatif dan kejujuran.

kriteria hasil kerja - berkait rapat dengan ukuran-ukuran kuantitatif seperti jumlah jualan, untung, kos dan jadar kemalangan.


Comments

Popular posts from this blog

mengimbas memori ..

sepi seorang perindu

Penemuan tergempar